Cara Penjagaan Hyacinth


Cara Penjagaan Hyacinth


Jika Bulb belum bertunas, balut bulb dengan kertas yang agak tebal, masukkan dalam peti sejuk.
Proses ini dinamakan sebagai prechilled. Masukkan dalam peti sejuk sehingga maksimum 2 bulan.
Jika sebelum 2 bulan dah tunas, boleh terus move to next step seperti dibawah

1. Tanam penuh bulb hyacinth. Yang bahagian tunas dibelah atas.
Klu belum tunas, bahagian bulb yang kembung dibelah atas.
Yg bahagian leper ialah bahagian akar 


2. Guna tanah hitam campur dengan tanah atau pasir sedikit.
Untuk pengairan yang bagus. 


3. Siram bila tanah kering. Dan letak tempat yang ada cahaya. 


4. Cahaya pagi yg paling bagus. 


5. Untuk baja, 1 peket baja dicampurkan dengan 1 liter air.
Sembur pada tanah. 2 minggu sekali.  


6. Bila dah besar, berbunga bolehla asing2 kan bulb..




>>>>>>>>>>>>>>><<<<<<<<<<<<<<<<<<<

ini cara susun pasu, sis. letak air dalam bekas puth tu sikit je sis , setakat kena pada tali. tanah letak dalam bekas hitam, sis.

Dalam peringkat belum berdaun, hanye refill air seminggu sekali saje walaupun air kering awal.

Pastikan step ni sis faham betul ye. Sebab step yg ni VITALL.








yg mcm garam tu, ialah nutrien, sis. sekarang x perlu pakai lagi. tapi sis boleh terus larutkan dalam air.

1 pek tu, sis larutkan dalam 1 liter air. Gunakan botol spray.

sis boleh guna tanah semaian biasa. kemudian, titiskan 2 ke 3 titis saje larutan tadi, kacau rata tanah tu.

bila pokok dah mula bertunas lebih 2 bulan, boleh spray larutan tadi pada bahagian tanah utk percepatkan proses pembungaan.



>>>>>>>>>>>>>>><<<<<<<<<<<<<<<<<<<

MEDIUM SEMAIAN terbaik ialah cocopeat 100%

tanah sis boleh guna jenis mcm ni, x kesah jenama ape sis. Jangan guna tanah baja ye sis. Yang paling penting dalam pemilihan tanah ni ialah, kite nak tanah yg cepat release air. Jadi, cuba pastikan testure tanah mcm dalam gmbr ni ye sis.









Bermuda Grass

Bermuda grass